BAB 21
AKU tegakkan sepuluh jari. Menghitung kepulangan Zaim ke Malaysia. Sudah sepuluh hari Zaim pergi tanpa khabar. Hendak bertanya pada Yuza, ada rasa malu dalam diriku.
Syukur pada Tuhan. Kertas terakhir sudah selamat aku duduki. Kini aku hanya duduk menanti Yuza di depan Whitworth Art Gallery. Mata ini melilau mengintai kelibat Yuza tapi pandangan benar-benar terhalang oleh ramai pelajar yang lalu lalang.
Masing-masing bersorak kegembiraan bila peperiksaan akhir sudah berakhir dan rata-rata pelajar Malaysia sepertiku akan lebih berasa gembira. Gembira bila bakal bersua dengan keluarga tersayang tidak lama lagi.
“Hey, Shaq. Wanna join us to celebrate?”
Aku terkejut bila bahuku ditepuk. Salah seorang pelajar sekelas denganku, Angelica dan beberapa teman lain tersenyum. Aku bangkit dan menggeleng.
“I don’t think I can make it, Angie. Me and Yuza got something more important to do before we go home.” Aku menolak pelawaannya penuh sopan.
Dia dan beberapa temannya jungkit bahu. “Never mind. Take care. See you again, Shaq,” ucap dia lalu dia menarik aku ke dalam pelukannya.
“Yeah, you too guys. Gonna miss you all.” Pelukan terlerai dan aku hanya memandang Angelica dan beberapa teman yang lain berlalu.
Itulah satu-satunya antara rakyat asing yang mesra denganku dan Yuza. Ramahnya dia, kadang kala mengalahkan kami. Baru saja hendak kembali melabuhkan duduk, bahuku ditepuk sekali lagi dan bila aku berpaling, wajah Yuzaini tersenyum lebar padaku.
“Yeah, dah tamat. Oh Tuhan, terima kasih,” ucap dia ceria.
“Boleh buat ke?”
Dia mengangguk. “Boleh-boleh!” Yuza bagaikan sudah mahu melompat saat ini.
“Tadi, mereka semua tu ajak kau pergi mana?”
Aku memandang ke arah sekumpulan pelajar yang bergelak ketawa. Ada beberapa orang pelajar Malaysia di dalam kumpulan itu.
“Diorang ajak pergi celebrate.” Aku terus berjalan perlahan-lahan dengan memeluk beg galas ku di dada. Yuza juga mengikut langkahku. Bibir itu terus merekah dengan senyuman.
“Kat mana?”
“Kro Bar dekat depan bangunan Samuel Alexander tu agaknya.”
“Eh, tak nak lah masuk bar. Tak elok. Biarlah budak-budak tu join Si Angelica tu. Jomlah, kita jalan-jalan. Dah lama tak lepak dekat Sackville Street,” ajak dia.
Aku menggeleng. “Malaslah. Nak balik berehat. Lagipun apa je ada kat sana. Jauh lagipun.”
“La, bukan ajak kau jalan kaki, kita naik train. Ala, kejap je.” Yuza terus memujuk.
“Nak naik train kat mana?”
Temanku itu mengukir senyum. “Dekat stesen Oxford Road.”
Terbuntang mataku mendengarkan jawapan dia. “Gila jauh. Nak kena menapak jugak tu. Baik kita jalan kaki je ke Sackville.” Aku mula merungut.
Rasanya, jarak perjalanan daripada tempat kami ni ke Sackville dan juga jarak ke stesen keretapi di Oxford Road itu sama saja jauhnya.
“Dah tu nak pergi mana?”
“Balik,” tegasku lalu aku mempercepatkan langkah.
“Kita pergi kejap je. Baik bas. Lepas tu balik naik train terus berhenti dekat Valley Range. Kan senang.” Yuza terus memujuk.
Bila aku berpaling dan melihat wajah sedih itu penuh merayu, aku terus saja menghadiahkan senyuman buatnya.
“Yalah-yalah. Jom pergi sana.”
Dapat ku lihat wajah Yuza yang tersenyum gembira. Dia melompat dan hampir saja terlanggar seorang pelajar lain. Aku tahan tawa bila wajah Yuza nampak kalut. Cepat-cepat dia mendekat padaku bila pelajar itu berlalu.
“Nasib baik tak kena cepuk,” ujar dia seraya mengurut dada.
“Dah kau tu gelojoh,” sinisku. Yuza ketawa.
“Kami adik beradik memang gelojoh sikit. Kalau suka apa-apa kami tak lepas peluang.”
Mendengarkan perkataan adik beradik itu, senyumku mati. Nama Zaim terlintas di hati. Wajahnya menari-nari di ruangan mataku. Ada detak yang agak berbeza kali ini di dalam dada.
“Err, abang kau apa khabar?” tanyaku pada dia.
Yuza melebarkan senyuman. “Inilah orang cakap, masa ada depan mata tak nak hargai. Macam-macam alasan. Dah berjauhan mula la tercari-cari.”
“Itu bukan jawapan yang aku nak!” marahku. Dia ketawa besar.
“Aku sengaja usik. Abang aku sihat je tapi sibuk sikit. Biasalah kerja dengan orang.”
“Tu je ke? Telefon dari jauh semata-mata tu je nak tanya?” Ada rasa tidak puas hati di dalam nada suaraku.
“Habis tu nak tanya apa lagi? Tanya pasal kau, macam tu?”
“Yuza, tolonglah!!” bentakku geram.
Saat ini kami sudah sama-sama keluar daripada pagar universiti. Aku terus melajukan langkah menuju ke perhentian bas di depan kampus untuk ke Sackville. Rasanya di sana banyak gerai dan kedai yang menjual barangan perhiasan dan cenderamata. Agaknya, Yuza mahu beli sesuatu sebagai buah tangan bila pulang ke Malaysia nanti.
Padahal aku sebenarnya mahu melarikan wajahku yang sudah agak menebal kala ini. Pastinya Yuza tahu akan kerinduanku pada Zaim.
“Itupun nak marah,” sela dia bila dia melabuhkan duduk di atas kerusi besi yang disediakan. Nafasnya sedikit mengah.
“Mahu tak marah, orang tanya baik-baik, kau perli je.”
“Yalah-yalah. Dia tanya pasal aku bila nak balik, dia tanya kau macam mana?”
“Dah tu kau jawab apa?” Cepat-cepat aku memangkas. Tidak sabar hendak mendengar berita tentang Zaim.
“Aku jawab kau dah okeylah sebab jumpa lelaki sehebat dia. Terus lupakan cinta lama yang tak bermakna tu.” Bibir itu sedikit herot.
Yuza tidak memerliku tapi aku tetap berasa hati. “Yuza, kan dah cakap, aku akan lupakan Zikri. Aku bersungguh-sungguh ni. Tak naklah ungkit lagi. Cukuplah lima tahun,” balasku dengan perasaan sebu.
“Err, sorry…. Eh maaf. Lupa kau tak suka orang cakap sorry dekat kau lebih-lebih lagi orang Melayu makan nasi macam aku ni, kan?”
Aku menghadiahkan dia satu jelingan tajam. Perangai dia tidak pernah berubah. Masih sama bagai dulu. Suka menyakat.
“Maaflah, kawan. Aku usik je. Uji ketahanan hati kau dalam buat keputusan. Tapi, aku bahagia bila kau macam ni. Semalam Abang Zaim minta nombor telefon kau.”
Aku mengerutkan wajah. “Dah tu kau bagi ke?” tanyaku penuh risau.
Takut juga jika benar Yuza memberikan nombor telefonku kepada Zaim. aku bimbang andai dia menelefonku. Bukan tidak sudi hendak mendengar suara itu malah aku sendiri sudah mampu mengingati suara parau itu. Cumanya, aku bimbang hati ini tidak mampu bertahan mendengarkan suaranya. Mahu saja aku terbang pulang hari ini juga pulang ke Malaysia.
“Aku bagilah. Sebab dia abang aku. Kalau dia abang orang lain aku tak bagi,” jawab dia selamba.
Aku tepuk dahi. “Aduh, kenapa kau bagi tanpa minta izin aku?”
“La….” Yuza mengeluh berat. “Aku ingatkan kau orang dah okey lepas hari tu. Lama kemain aku tengok kau dengan Abang Zaim sembang kat bawah, sampai aku kena tegur la baru sedar dok bertentang mata. Ni… ni…” Yuza memegang mafela hijau yang terlilit di leherku.
“Kalau tak okey, kenapa kau nak pakai dia punya ni. Ini tak lain tak bukanlah ni. Ni kes rindu dah. Kes hati dah terbalik, kan?” Wajah Yuza beriak sinis.
Aku mahu ketawa namun aku tahan juga. Tidak mahu berhamburan kerana bas telah tiba dan aku cepat-cepat naik ke perut bas meninggalkan Yuza yang terkial-kial membaiki kasutnya.
Ramai pula orang hari ni. Tidak dapat tidak, aku dan Yuza berdiri saja. Rata-rata orang tempatan. Hanya aku dan Yuza saja yang berbeza warna kulit dan hanya akulah satu-satunya wanita yang memakai tudung di dalam bas ini. Dunia serba maju. Di mana saja ada ilmu yang mampu kita kutip.
Benar kata Zaim. Aku pernah datang dengan kekecewaan sebenarnya. Melarikan diri dari hakikat hingga ke sini dengan alasan mahu belajar. Hari ini, aku yakin dengan kejayaanku. Aku akan pulang membawa kejayaan setelah ke sini menggalas kekecewaan kerana cintaku sedang menanti aku di sana. Tidak perlu aku usung ke sana sini.
“Kau rindu abang aku eh?” tanya Yuza berbisik. Mafela ini dia sentuh lagi.
“Ini je aku ada. Yang lain semua dah kemas,” jawabku selamba sambil melarikan mataku ke arah lain.
“Yalah sangat,” usik dia. Mata itu memandangku penuh syak wasangka.
“Tak percaya sudah!”
Yuzaini menekup mulutnya dan bila dia membuka mulut, wajahnya dekat ke telingaku yang diluputi tudung.
“Are you falling for my brother now, Iqa?”
Mendengarkan soalan itu, serta-merta aku berpaling pada dia. Hentakan jantungku membentak hebat. Setelah Zaim pergi hari itu, aku benar-benar berpijak di bumi nyata. Ternyata, betapa tinggi pelajaranku, rupanya aku masih terlalu bodoh dan jahil tentang hati dan perasaan.
“Kalau aku cakap ya?” Aku menduga Yuza. Namun, semua ini lahir dari hatiku.
“Kejap lagi abang aku telefon kau,” balas Yuza pantas.
“Eh, ya ke?” Aku cepat-cepat menarik telefon bimbitku keluar daripada poket jeans. Rasa kalut pula.
“Belum lagi lah. Tak sabar nampak?” tanya dia sinis. Aku buat-buat tidak tahu saja dan sudahnya kami diam namun Yuza tidak sudah-sudah menyiku lenganku.
Perjalanan yang hanya 15 minit rasanya terlalu lama pula bila bas ini terpaksa berhenti dari satu stesen ke satu stesen lain. Trafik pula agak sesak hari ini. Kami akhirnya tiba stesen bas di Fairfield Street dan terus kami menuju ke tempat tujuan.
“Iqa, betul ke kau cakap tu?” tanya Yuza tiba-tiba.
Aku pandang dia lama. Pelik pula. Di dalam setiap butir percakapanku itu terlalu banyak yang kami bualkan. Entah yang mana satu yang dia maksudkan.
“Yang mana satu? Aku cakap apa?”
“Pasal Abang Zaim,” tekan dia geram. Aku ketawa kecil.
“Itulah maksud aku.” Sengaja aku pulangkan paku buah keras. Andai dulu, dia suka mengenakanku begitu andai aku bertanya soalan yang sama dua kali.
“Maksudnya betullah ni?” tanya Yuza teruja.
Sekali lagi aku pandang wajah dia. Lama-lama aku mengangguk. Yuza terjerit lalu tubuhku dipaut erat di dalam pelukannya.
“Apa yang buat kau jatuh cinta pada Abang Zaim dalam tempoh sekejap je ni?” Aku tahu Yuza tidak percaya. Dari suara dan riaknya, memang aku yakin dia sukar hendak mempercayaiku.
“Aku hanya ada satu jawapan je. Dan jawapannya adalah, sebab cinta dia pada Tuhan lebih hebat dari cinta dia pada aku,” jawabku yakin.
Berhari-hari aku bersujud di atas tikar sejadah. Memohon ketenangan hati agar dapat aku menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan juga moga Allah membuka pintu hatiku buat dia yang menghargai dan yang bakal memayungiku di bawah lindungan rahmat dari-Nya.
“So, kau dengan Zikri?” Yuza bagaikan takut-takut hendak menyebut nama itu padaku.
“Dia kan dah nak kahwin tapi aku tak pergilah sebab nak tunggu konvokesyen ni, kan?” selaku gembira. Sesungguhnya gembira.
“Iqa…” Wajah Yuza suram. Ada airmata yang bergenang di tubir matanya.
“Kenapa nak nangis?”
“Inilah berita gembira yang aku dapat selama berkawan dengan kau, Iqa. Tak suka Abang Zaim tak apa, tapi bila kau boleh sebut nama tu dengan senyuman, aku tak tahu nak cakap apa. Rasa macam di tengah-tengah musim bunga,” ucap dia gembira.
“Tapi, jangan cakap kat Zaim dulu, ya. Aku perlu masa nak sesuaikan diri aku. Alhamdulillah, aku redha sesungguhnya redha. Zaim dah sedarkan aku yang aku ni dah hampir tewas dengan cinta dunia. Hampir lupa pada cinta Allah pada aku. Hah…” Aku melepaskan keluhan lega.
Kelopak mataku terasa sarat tiba-tiba. Betapa indahnya percaturan-Mu, Ya Tuhan. Terlalu indah. Ucap hatiku penuh rasa syukur dan rendah diri. Menghirup udara segar tanah air orang untuk masa-masa terakhir aku di sini sebelum kembali mencari mata mak dan ayah serta Kak Shadirah dan Abang Rizqin. Juga menanti kelahiran anak buahku nanti, juga dia yang pernah melukai dan akhirnya mata lelaki yang telah menyedarkanku akan waktu yang aku lewati tanpa membawa erti.
Kami sama-sama berjalan dari sebuah kedai ke kedai yang lain hingga akhirnya Yuza berkeputusan hendak berhenti di sebuah kedai yang agak menarik perhiasannya. Baru saja Yuza hendak menolak daun pintu, aku terpaksa pegunkan langkah bila telefon bimbitku menjerit nyaring.
Yuza kembali menutup pintu. Aku senyum dan dia juga.
“Angkatlah. Aku gerenti Abang Zaim,” ucapnya yakin.
Aku ketap bibir. Telefon dari poket jeans aku tarik keluar. Bila aku amati nombor yang tertera pada skrin, ternyata nombor dari Malaysia.
“Takutlah nak jawab,” ujarku.
Entah mengapa di dalam debar ini, terselit juga sedikit rasa resah dan bimbang. Bagaikan ada perkara yang bakal berlaku. Namun, baik buruknya sukar hendak ku tebak.
“Jawab jelah,” gesa Yuza.
Liur ku telan berkali-kali. Tiba-tiba sahaja gementar. Terketar-ketar jemariku hendak menekan punat hijau itu.
“Iqa, tolonglah!!” marah Yuza.
Aku tarik nafas sedalam mungkin dan aku hela nafasku panjang. Mencari sedikit kekuatan demi mendengar suara lelaki yang telah Allah titipkan buatku. Aku yakin begitu setelah aku temui wajahnya di dalam setiap sujud yang aku lakukan beberapa hari sudah. Andai benar, Allah pasti membantu kerana jodoh ini adalah rahsia-Nya.
“Aku jawab ya?” tanyaku pada Yuza. Pantas saja dia mengangguk.
Bila aku tekan punat hijau di dada telefon bimbitku, lambat-lambat aku lekap telefon ke telinga. Hati ini benar-benar tidak mahu diam. Hentakan demi hentakan membuatkan nafasku turun naik dengan agak kasar.
“Hello,” sapaku mesra.
“Iqa.”
Ternyata bukan suara Zaim bila ku dengar suara seorang wanita di hujung talian. Suara itu agak sayup di pendengaranku namun masih dapat aku cam empunya diri itu.
“Kakak!” seruku agak terkejut.
“Kakak aku,” beritahuku pada Yuza tanpa suara. Dia mengangguk faham.
“Iqa sihat?”
“Sihat, kak,” jawabku tenang. “Rindu kakak dan keluarga.” Aku menyambung.
Kak Shadirah diam seketika. Hanya helaan nafasnya saja yang menyapa telingaku.
“Jauh kakak telefon. Nanti membazir je. Iqa dah nak balik tak lama lagi. Hari ni last Iqa periksa. Tunggu konvo dalam sebulan lagi, Iqa baliklah,” beritahuku pada dia yang mendiamkan diri.
“Baguslah kalau Iqa dah habis periksa. Kakak risau juga kalau Iqa tengah periksa lagi. Maaflah kakak telefon Iqa tengah-tengah malam ni,” pinta dia.
Aku ketawa. “Kat sini siang hari, kak. Nak ke tengah hari dah. Tapi, kenapa kakak telefon tengah-tengah malam pulak? Abang Riz mana?”
“Abang Riz ada kat sebelah ni. Iqa dah dapat kad tu?”
Aku diam seketika sebelum menjawab. “Dapat, kak tapi Iqa tak balik sebab tak sempat.” Lembut saja suaraku menolak undangan kad itu.
Biarlah begitu. Masih ada urusan yang perlu aku selesaikan di sini demi masa depanku. Andai aku ada atau tidak, Zikri tetap bersanding. Tiada perubahan pun.
“Kenapa sampai juga kad dia pada Iqa? Kakak yang pos atau dia sendiri?”
Kak Shadirah mengeluh. “Dia pos sendiri. Dia yang merayu dekat mak nak alamat Iqa kat sana. Masa tu, kakak tak boleh nak kata apa dah. Kakak minta maaf Iqa kalau kad undangan tu boleh buat Iqa sakit hati.”
Aku ketawa kecil mendengarkan suara gundah kakakku itu. Sejauh ini dia menelefonku sekadar mahu menitipkan kata maaf, rasanya tidak perlu.
“Iqa tak ada apa, kak. Bertahun di sini, akhirnya Iqa temui sesuatu yang boleh payungi iqa. Jangan risau cumanya Iqa tak mampu nak hadirkan diri. Masih ada yang tak selesai lagi kat sini,” ucapku seraya menjeling pada Yuza yang hanya berpeluk tubuh memerhatikanku.
“Baguslah kalau macam tu tapi kak rasa, Iqa kena balik.” Suara Kak Shadirah kedengaran serba salah.
“Balik? Kenapa? Mak tak sihat ke?” Aku dihambat risau. Bimbang andai apa-apa berlaku pada mak.
“Iqa, mak ni.” Kali ini hilang suara Kak Shadirah dan diganti pula dengan suara mak.
“Mak sihat-sihat je, kan?” tanyaku bimbang.
“Mak sihat. Tapi, mak nak Iqa balik secepat mungkin, nak. Ada perkara penting kat kampong ni,” beritahu mak penuh merayu,
Aku keliru. Sebentar suara Kak Shadirah dan kemudiannya pula suara mak. Yang paling mengelirukan, mak tiba-tiba saja meminta aku pulang.
“Tak boleh lagi, mak. Iqa kena tunggu konvokesyen dulu. Tak lama dah. Dalam sebulan je lagi,” pujukku.
Mak merengus kecil. “Kalau Iqa sayangkan mak, Iqa kena balik!” Aku dengar suara esakan halus mak. Semakin resah diri ini. Bagaikan cacing kepanasan.
Aku pandang telefon bimbitku lama. Apa yang dah jadi? Ayahkah? Atau mak sendiri tidak sihat selama ini?
***
BIARPUN dia semakin mendapat tempat di hatiku, namun mak adalah segalanya waktu ini. Aku tiba di Malaysia setelah aku tekad membuat keputusan untuk pulang bagi memenuhi permintaan mak padaku.
Betapa Yuza menghalang, namun dia harus akur dengan keputusanku sebagai seorang anak yang tidak mahu menderhaka kepada orang tua. Esakan mak pada kali terakhir dia menelefonku beberapa hari sudah masih lagi berdengung di dalam kepala.
KLIA agak lengang waktu ini. Aku pantas mengheret bagasiku melepasi pintu balai ketibaan. Gelap dan sunyi saja. Jam semakin menghampiri ke angka 4.30 pagi. Terasa pening kepala akibat pertukaran waktu. Sesungguhnya, sepanjang penerbangan aku tidak mampu melelapkan mata. Dalam hatiku, hanya mak yang aku ingat.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara bila saja aku hendak duduk di lobby KLIA.
Aku berpaling dan ternyata dia. “Waalaikummussalam,” jawabku dengan suara yang serak.
“Iqa sihat?” tanya Zaim.
Aku angguk saja. Takut hendak bersuara. Takut airmata ini mengalir laju dihambat kebimbanganku pada mak.
“Mata merah, muka sembab, Iqa tak tidur sepanjang perlalanan ke?” Aku menggeleng lagi. Zaim mengeluh.
“Macam mana awak tahu saya tiba waktu ni?”
“Mujur Yuza telefon saya, cakap Iqa nak balik. Sebab tu saya tunggu kat sini? Ada hal penting ke? Kenapa dengan mak Iqa?”
Bila terluncur perkataan mak itu dari celah bibir Zaim, airmataku mengalir laju. Aku menggeleng lagi.
“Iqa tak tahu tapi dari cara mak tu, Iqa rasa dia sakit. Kalau tak, tak mungkin dia nak Iqa balik secepat ni,” luahku sebak.
Pandanganku terus menekur ke lantai KLIA. Zaim hulurkan sapu tangannya padaku.
“Ni nak balik terus ke kampung la, ya?” tanya dia lagi. Aku angguk.
“Nak saya temankan? Iqa dah lama tak balik sini. Kat sini sorang-sorang, apa-apa saja boleh jadi pada seorang perempuan. Kalau ada teman, setidaknya Iqa selamat.”
Zaim memang pelindung. Dia memang payung buatku. Melindungiku dari dihujani kisah lalu, melindungi dari disimbah peristiwa pedih itu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Kejap lagi kaunter buka, kita terus dapatkan tiket paling awal.” Cadangannya itu aku terima dengan anggukan lagi.
Bukan tidak sudi hendak bersuara, tapi aku terpaksa membendung airmataku yang kian lebat mengalir.
“Terima kasih tunggu Iqa kat sini.” Tanpa paksaan, aku biasakan diri ini Iqa dan secara tidak langsung, aku angkat dia menjadi salah seorang yang penting dalam kehidupanku.
“Sama-sama,” balas dia dan aku terus saja menyeka airmata yang mengalir.
“InsyaAllah, mak Iqa tak ada apa-apa,” pujuknya.
Aku diam dan melabuhkan duduk di kerusi. Dia juga sama. Duduk mengambil tempat yang sama bagai pertama kali dulu. Selang sebuah kerusi dariku.
“Andainya waktu ni, saya halal buat Iqa, sesungguhnya saya mahu menyeka airmata Iqa dengan jari saya,” ucapnya tiba-tiba. Bila aku menjeling, aku lihat Zaim merenung telapak tangannya.
“Andai waktu ni, saya halal buat Iqa, saya memang mahu bawa Iqa ke dalam pelukan saya. Memujuk rawan hati Iqa agar bertenang dan biar Iqa tahu, betapa hebat degupan hati ini bila melihat Iqa dan betapa kuat hentakan dada ini bila melihat airmata Iqa mengalir,” ujarnya lagi lalu dia angkat matanya mencari mataku.
Kami bersabung pandang buat seketika. Aku nampak mata Zaim yang berkaca-kaca. Bila dia senyum, aku tidak mampu membalas.
“Iqa risaukan mak,” luahku dengan esakan halus.
“Dan saya risaukan Iqa dalam keadaan macam ni,” sela dia.
“Sabarlah. Nanti kita tahu apa dah jadi. Istighfar banyak-banyak. Mohon pada Allah moga segalanya dipermudahkan. Saya tak suka Iqa nangis sekarang sebab saya nak Iqa menangis bila sah di sisi saya nanti sebab waktu tu, saya halal nak lap airmata kat pipi Iqa tu.”
Bicara Zaim terus membuatkan tangisanku bagaikan tidak berkesudahan. Sesungguhnya aku tidak silap mencintai buat kali kedua. Tidak silap bila aku izinkan hatiku menerima kebahagiaan.
Cinta pertama itu indah, namun cinta kedua lebih hebat keindahannya kerana aku mula mencintai lelaki yang mencintaiku.
“Terima kasih, Zaim,” ucapku lagi. Dia mengedipkan matanya sekali.
“Boleh Iqa tunaikan permintaan saya tak?” tanya dia.
Seperti biasa, jawapan aku juga sama. “Andai Iqa mampu.”
Zaim senyum dan dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Melihatkan saja kotak baldu itu, aku sudah dapat mengagak permintaannya.
“Mama saya nak jodohkan saya dengan seorang perempuan ni sebab saya lambat sangat cari jodoh sendiri. Tapi, saya yakin yang cinta saya akan bawa Iqa datang pada saya andai ini yang telah takdir tetapkan dan syukur, bila Yuza beritahu saya segalanya. Iqa boleh belajar terima saya sebab saya juga sedang memberi cinta saya pada Iqa. Kita sama memberi dan sama menikmati,” ucapnya tenang. Kotak baldu itu dia pusing beberapa kali. Aku pula, menyeka airmata yang berbaki.
“Saya tak suka perempuan tu. Tak ada debar kat hati ni bila tengok dia. Jadi, saya dah janji pada mama nak kenalkan dia dengan Iqa. Kalau Iqa sudi dan mampu, boleh Iqa sarungkan dulu cincin ni ke jari manis Iqa sebelum saya sarungkan nanti,” pinta dia lembut.
Zaim menghulurkan kotak baldu berwarna merah hati itu padaku tanpa melihat ke arah wajahku sedikit pun. Mungkin dia segan atau apa saja. Kalau dulu, aku rasa desakan dari Iwan tapi hari ini, aku rasa tenang. Tanganku langsung menyambut hulurannya tanpa jawapan.
Kotak itu aku buka dan sebentuk cincin emas berukir indah dengan emas putih berkilau di mataku.
“Kalau tak mampu, jangan paksa diri.”
Baru saja aku ingin sarungkan ke jari, suara Zaim menghentikan tindakanku. Dia tersenyum mesra dan aku membalas senyum itu seadanya lalu aku tolak cincin itu rapat ke pangkal jadi. Kotak baldu itu aku letakkan semula di sisinya.
“No more words, Zaim,” pintaku pada dia dan dia meraup wajahnya tanda syukur.
***
KAMI turun dari teksi waktu itu, gerimis sedang melanda bumi kampungku yang indah. Pagi yang hening ini benar-benar mendamaikan namun masih tidak mampu mendamaikan hatiku yang resah dan masih belum ku temui penghujungnya.
Suara sepi kala ini. Pintu rumah terkunci rapat. Bila aku jenguk jauh ke rumah keluarga Zikri, nampak bagaikan tidak berpenghuni pula. Hanya beberapa buah khemah yang masih teguh berdiri.
Mengikut kad itu, rasanya Zikri telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya dan aku kini pulang hanya sebagai temannya sahaja kerana cinta ini, aku ingin serahkan buat dia yang menghargai.
Zaim sedang mengeluarkan bagasi milikku dari teksi. Dia sebetulnya hanya sehelai sepinggang waktu itu. Tubuh itu hanya dibaluti jeans biru gelap, t-shirt kuning berkolar dan juga jaket kulit berwarna coklat tua.
“Hujan dah pulak.” Zaim mendongak ke langit. Aku lihat Zaim sudah membuka jaket kulitnya.
“Sini, Iqa,” panggil dia setelah dia membayar tambang teksi. Aku melangkah mendekati dia bila teksi berlalu.
“Sini, saya payungkan Iqa,” ucapnya lalu dia tebarkan jaket coklat gelap itu pada kepalaku.
Aku pandang dia tidak berkelip-kelip. Terkejut dengan kata-kata itu. Dulu aku sentiasa mengucapkan itu pada Zikri tapi hari ini, lelaki yang baru aku kenali ini, yakin saya menuturkan kata-kata itu.
“Ini ke rumah, Iqa? Senyap je?” Pertanyaan Zaim langsung tidak mampu mengalihkan mataku dari wajahnya.
Aku nampak keinginannya hendak melindungiku. Aku nampak kehebatan cintanya padaku. Hampir saja airmataku menitis lagi kali ini.
“Betulkan saya cakap, saya akan buat Iqa rasa cinta saya pada Iqa lagi hebat daripada cinta Iqa pada orang lain,” ucapnya separuh berbisik.
Tersentak daripada teguran itu, aku hanya terkebil-kebil memandang dia. Zaim ketawa halus.
“Ini ke rumah, Iqa?” tanya dia lagi. Aku angguk.
“Tapi, macam tak ada oranglah pulak,” rungutku sendiri.
“Awal pagi lagi ni. Keluarga Iqa berehat kot. Kan hari nak hujan ni.”
“Yalah kot,” selaku. Rasanya dalam lima tahun ini tidak ada apa yang berubah. Segalanya sama seperti mana kali terakhir aku pergi dulu.
Aku tolak jaket kulit yang ada di kepalaku tapi Zaim menahan. Bila aku pandang dia, dia menggeleng.
“Iqa baru sampai, tak biasa lagi cuaca ni dah lama tak balik. Ni hujan, biar saya payungkan Iqa dengan jaket ni. Jangan buat saya risau. Saya tak nak Iqa jatuh sakit.” Dia terus melarangku dari membuka jaket itu.
Malas hendak menolak lagi, aku biarkan saja. Kami sama-sama berjalan menghampiri pintu dan bila aku memberi salam, Kak Shadirah terjerit melihatku yang ada di muka pintu. Dia berlari bersama perutnya yang memboyot itu lalu memeluk tubuhku erat.
“Ya Allah, Iqa balik tak bagitahu,” rungut dia. Aku sentuh perut dia seketika. Tangannya aku salami.
“Mak tak sihat ke, kak?” Soalanku membuatkan wajah ceria Kak Shadirah bertukar kelam. Sekelam pagi ini.
“Mak sihat tapi…” Baru saja kakakku hendak bersuara, mak dan ayah muncul di ambang pintu.
Airmata mak berjejeran. Ayah tersenyum lebar. Aku salami keduanya. Tubuh mak aku paut erat.
“Mak tak sihat ke?” tanyaku risau. Aku belek tubuh mak dan bila dia menggeleng, aku hela nafas lega.
“Ehem… ehem….” Aku dengar ayah berdehem beberapa kali. Bila aku memandang ayah, dia menjuihkan bibirnya ke arah Zaim.
“Ya Tuhan, Iqa lupa. Ni kawan Iqa. Dia yang tunggu Iqa dekat airport dan hantar Iqa balik sebab dia risau Iqa sendirian,” ujarku pada mereka.
Zaim menghulurkan salam pada keduanya. Ayah senyum menyambut Zaim tapi tidak pada mak. Wajah itu kelat.
“Kenapa mak minta Iqa balik?” tanyaku sambil melangkah ke atas.
Zaim aku lihat mengikut jejak ayah duduk di serambi. Aku duduk di atas sofa bersebelahan Kak Shadirah memandang mak. Mak diam dan Kak Shadirah juga sama.
“Mak minta maaf, Iqa sebab dah paksa Iqa balik tergesa-gesa.”
Aku menggeleng. “Tak, mak. Mak adalah segalanya bagi Iqa. Tak mungkin Iqa bantah kehendak mak dan ayah.”
Mak menyesat juring matanya. Aku pandang Kak Shadirah. Dia hanya memaksa dirinya senyum dan tangan itu singgah di bahu, mengusap bahuku seperti waktu dulu memberi aku ketenangan dan rasanya, aku sudah mampu mengagak ada masalah yang bakal timbul.
“Siapa nama kawan Iqa tu?” tanya mak. Dia menjenguk ke luar.
“Yuzaimi tapi Iqa panggil dia Zaim,” beritahuku jujur.
“Iqa betul berkawan dengan dia?” tanya mak lagi. Aku angguk.
“Dia ikhlas pada Iqa,” jawabku berkias.
“Iqa suka dia?” tanya mak lagi. Tanpa banyak fikir, aku mengangguk.
Mak mengeluh berat. “Macam mana ni, Ira?”
Aku memandang Kak Shadirah. Resah melihatkan mak dan Kak Shadirah yang sejak dari tadi memandang masing-masing penuh rahsia.
“Kenapa, kak?” tanyaku mendesak. Kak Shadirah tunduk tidak menjawab. Aku beralih pula pada mak.
“Kenapa, mak?” Aku semakin mendesak.
“Iqa tengoklah sendiri nanti. Mak tak tahu nak cakap apa dah.” Dia bangkit setelah memberikan aku jawapan yang tergantung begitu.
“Kakak tengok baik Zaim tu,” ujar Kak Shadirah bila aku memandang dia sekali lagi dan dia juga berlalu pergi.
Kenapa dengan mereka, Ya Tuhan? Apakah yang mereka sembunyikan daripadaku? Jangan diduga aku lagi di waktu ini. Aku pasti rebah andai benar dugaan menghimpit bahu yang baru saja terasa ringan.
Aku berpaling dan waktu ini, mataku dan Zaim bersabung. Dia menghadiahkan aku sekuntum senyum. Aku membalas terpaksa.
Jam 9.00 pagi, mak mengheret aku agar mengikuti langkahnya. Entah ke mana tujuan, aku sendiri tidak tahu. Bila aku bertanya, mak diam. Ayah tenang memandu. Zaim juga diam saja di sebelah ayah. Jemari mak semakin erat menggenggam tanganku.
“Kita nak ke mana, mak?” tanyaku perlahan. Zaim berpaling pada kami seketika sebelum memandang semula ke jalan raya.
“Kita nak melawat orang sakit,” jawab mak tenang. Dia ketap bibirnya dan setelah beberapa ketika, kami akhirnya tiba di Hospital Tengku Anis.
Hatiku berdegup pantas. Bila mak dan ayah melangkah, aku memaksa diriku melangkah juga bersama Zaim.
“Kenapa ni? Siapa yang sakit?” tanyaku pada diri sendiri.
“Sabar, Iqa. Jangan risau. Saya ada, kan?” Pujukan Zaim aku terima dengan anggukan.
Kami terus menuju ke wad. Bila pintu terkuak, mak dan ayah terlebih dahulu masuk ke dalam. Kala ini, terasa berat kakiku hentak melangkah ke dalam. Ada rasa risau dan takut dalam diriku. Aku pandang wajah Zaim dan seperti biasa, bibir itu tersenyum padaku.
“Nak melawat orang sakit, tak elok muka berkerut macam ni, Iqa,” bisik dia.
“Iqa takut,” luahku dengan mencengkam dada. Bagaikan hendak luruh jantungku menahan hentakan hebat ini.
“I am here. Just for you,” ucap Zaim yakin. Aku angguk berkali-kali. Nafasku hela panjang. Bila Zaim menolak daun pintu, wajah Mak Nab dan Pak Zul terbias di mataku dan bila aku kalih ke arah katil pesakit, ternyata wajah itu ada di situ.
“Ya Allah…,” seruku dan buat pertama kalinya, aku menggenggam jemari Zaim seerat mungkin.
~~~> bersambung.

Mesti Zikri sakit kan ?
ReplyDeletePadan muka ! Haha . Mcm kejam la pulak .
Seronoknya Iqa dah balas cinta Zaim .
Jangan la ade pape yg halang .
Suka Iqa ngan Zaim . Iqa tengah bahagia tu .
Zaim dah la baik . Hee
[syaza_nadiah]
makin saspen ni, i guess ziki tak jadi kawen kan, janganlah iqa kena kawen paksa dengan zikri plak, tak nak...huhuhu.. nak iqa dgn zaim..
ReplyDeletesiap la zikri kalau berani kacau iqa dan zaim... wachaaa!!!
ReplyDelete*angguk laju2*
Deleteaku jua akan karate si zikri kalu kaco iqa sama zaim!
Kita bakorrr.....hahaha...nak iqa ngan zaim.hati dah berbunga2 dah ni...
Deletetentu yang terbaring sakit tu Zikri, dan mak Iqa mesti nak suruh Iqa kahwin dgn mamat tu . oh tidakkkkk. x nak Iqa dgn Zikri.
ReplyDeletealahai ngerinya bila bc n3 last ni.... dpt rasa mesti si zikri yg terbaring kat katil tu tgh sakit. maybe wedding dia cncel n nnti iqa kena ganti tmpt pengantin pompuan. sbb tu Iqa di panggil balik huhuhuhu. tlg jgn jadikan apa yg akak fikirkan ni satu kenyataan cik rehan yg comel. cian kat zaim n iqa huhuhuhu-kak zaiton
ReplyDeletebest2.. tak sabar nk tggu next entry..
ReplyDeletemesti zikri sakit sbb aneesa kansel kawen ngan dia ekk...apa2 pun tak nak iqa terima zikri...zaimlah lelaki terbaik untuk iqa...kalo ziki nak kembali ke iqa akak bakorrrrrrr blog nih...
ReplyDeleteblog RM jgak yg jd mangse ye..kehkehkeh..;D
Deletenway,, harap2 jodoh zaim n iqa panjang la ye cik RM yg comel..
(kne bodek cik writer la nmpk nye.. ngeh3)
hm.. ntah2, yg terbaring kt katil tu annesa..who knows..
Nak Iqa & zaim jugak. Tak kira. Mesti dia org 2 jugak. RM jgn dok matchkan Iqa & Zikri balik. Tolonglah.....
ReplyDeleteaa tolong le RM....nak juga zaim n iqa......baru rasa bhg n dah trmm zaim ..diuji lak cmni...jgn minta iqa berkorban sekali lg...udah2 le 5 thn dia menderita......
Deleteonly ZAIM....no more Zikri!!!! Please IkA....don't hurt yourself again.
ReplyDeletebtol....jgn pilih ziki.....
Delete-aniscute-
please....jgnlah dgn zikri....nak zaim3x..
ReplyDeletesetuju(5x)!!
Deletemesti zikri dkt hospital ni..hrp2 iqa x berubah ati tgk zikri...
ReplyDeletetolongla.. jgn jadi macam cerita lain, asyik kena kahwin paksa je.. Nak iqa ngan Zaim...
ReplyDeleteomg...plz cik writer... jgn iqa jadi korbannya.... nak zaim ngan iqa coz zaim sgt baik utk dilukai..... iqa n zaim plzzzzzz.... xnak ngan zikri..... klau dia syg iqa, dia akan biarkan iqa bahagia bersama zaim pula....
ReplyDeletesetuju ngn ainul ariff...no more zikri....yg lps biarkn...nape nk korbankn diri utk kbhgiann org lain sdgkn hati dah beri pada zaim....dugaan apa lag ye?...dlm gembira iqa trm zaim.....risau pun ada ..krg x pasal2 mak n family zikri nk iqa trm zikri.....jgn le jd camtu....klu pengakhiran iqa ngn zikri ...baik dr awal x perlu ada watak zaim.....debar2 nk baca n3 seterusnya...
ReplyDeletememang pada mulanya saya lebih suka iqa dengan zikri tapi bila zikri dah buat hal, dah malas nak layan perangai lelaki macam tu. so, tolong sangat beri kebahagiaan pada iqa dan zaim.... kalaupun zaim tak dapat memiliki iqa biarlah kerana sebab dia meninggal. bukan sebab dia berkahwin dengan perempuan yang nak dinikahkan dengannya itu. tolonglah....
ReplyDeleteaduhh apa kjadian nya ni...sesak dada ni hope cinta iqa ttap kt zaim,
ReplyDeletezikri adalah sejarah ....dan zaim adalah masa depan iqa...
ReplyDelete-ety.s
RM TOLONG LA BG SHAQ DGN ZAIM..XMO DIE DGN ZIKI LG..PLSSSS!!!
ReplyDeletesape yg dia org pi lawat tu? suspen~
ReplyDeleteoh semuanya nak iqa dgn zaim....memang diakui zaim memang baik tetapi hati saya tetap mahukan zikri dgn iqa....
ReplyDeleteKenapa Zikri sakit...sebab Ann tinggalkan dia ataupun dia sendiri merana kerana rindukan iqa?....suspennya....hanya penulis sahaja yg tahu.....
kuasa seorg ibu dan tjwb seorng ank....
ReplyDeletejgn sesekali pntingkn diri smata2 utk mgeratkan hbngn keluarga....
matikan je la watak zikri tu bley x writer..
ReplyDeletehehee..;)
tolong...nk iqa ngan zaim..
ReplyDeletemesti zikri..jgn nk suruh iqa gantikan tmpt pgntin prmpuan sudah..
ReplyDeletefor sure i still vote zaim for iqa. I hope iqa mum will not push iqa for ziki anymore. yes before iqa love ziki but ziki already rejected so, could u plz not hurt iqa feeling anymore. plz dont ever force her anymore. plz allow her make his own decision. lgpun dia dah terima lamaran zaim, tu dah leh anggap berjanji nk ikat hati mean tunang. so sewajarnya yg mengerti hukum org yg dah bertunang mean dah dicop dl oleh lelaki yg dia terima pinangan so sharusnya tak diganggu oleh pihak lain. i love zaim because he put his love highestly for Allah then to women he love. inilah ciri2x lelaki misali bt seorg wanita. dah ada yg sudi payungi iqa dgn payung yg akan memayunginya ke syurga. ziki is out of it. hanya kerana cinta manusia yg gagal ditengah jalan dia dia xdpt terima kenyataan. dia gagal nk harungi hidup. kerana dia tidak meletakkan ALlah ditangga terats sbb org yg mencintai ALlah lebih pd manusia biasanya wlau apa jua dugaan dtg dia pasri dpt terimanya dgn pasrah n reso kerana dia tahu stiap sesuatu tjadi itu ada hikmah tersembunyi. so jgn kerana rasa cinta yg tlihat dahulu pd pandangan keluarga iqa dia harus menerima ziki semula. oh no i really cant accept it. biar iqa tentukan hidup dia sndr, vote for zaim n iqa.,
ReplyDeletejanganla pulak ika 2 kena paksa ==''
ReplyDeletenak ika nga zikri
ReplyDeletesokong!!!!
Deleteape niiiiiiiiiiii....dah kacau!!! zaim dan iqa baru nak berbaik2. waaaaaaaaaaaaaaa......benci2!!
ReplyDeleteila danish
i vote for iqa n zaim
ReplyDeleteNak Iqa dgn Zaim jugak..tolonglah RM jgnlh pisahkan Iqa
ReplyDeletedgn Zaim kerna dia seorg lelaki yg betul ikhlas cintakan
Iqa. Jgnlah Iqa berkorban masa depan dia utk org lain..
Kalau Iqa dn Zaim dipisahkan terlalu kesian dgn Zaim....
nak iqa dgn zaim. jangan lah ada apa2 halangan lagi.
ReplyDeleteyup!!!!!!!!!!!! vote iqa dgn zaim!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletetak acilah...................after all zaim done for iqa,..............?????????????
apapun, followwwwwwwwwwwww
nak iqa nak zaim...
ReplyDeletebiar plak zikri rasa apa yg iqa rasa...
it's really unfair kalo iqa asyik kena korban prasan jerk...
biar la mjls zikri tukar jd mjls iqa n zaim..
nk iqa ngn zaim juga....
ReplyDeleteboleh tak tukar gmbr zikri dgn zaim tu? saya rasa rupa zikri tu sesuai jadi zaimlah sebab nampak cam matang sesuai dgn karekter dia...PAPE PUN NAK IQA DGN ZAIM JUGAK!!
ReplyDelete-chah husain-
terlalu berat rasanya bila terpaksa memilih tapi saya yakin cinta iqa untuk zaim kerana zaim telah membuka pintu hati iqa melihat betapa indahnya cinta berlandaskan jalannya. saya tertarik bila zaim cakap 'andai waktu ini saya halal buat iqa, sesungguhnya saya mahu menyeka air mata iqa dengan jari saya' dan 'andai waktu ini saya halal buat iqa, saya memang mahu bawa iqa ke dalam pelukan saya'
ReplyDeletetahniah kak sbb garap cerita yang jarang org buat yang masih berpegang kuat pada agama. mg ia menjadi panduan buat mereka yang bercinta agar tidak terlalu bebas.
-hanim-